web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Papagomo Disiasat Berhubung Video Aibkan PM - Polis

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 8:20AM

Rusdi Mohd Isa - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap blogger kontroversi Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung hantaran video kelmarin yang mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata Papagomo telah membuat hantaran video berdurasi satu jam 32 minit dan 50 saat bertajuk ‘DSAI penyakit misteri tiada penawar AIDS’ yang dimuat naik di saluran Youtube Sir Azri pada Sabtu lalu.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman di bawah 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komentar yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan orang ramai tidak menggunakan platform media sosial untuk mengulas atau memanipulasi isu-isu sehingga menyentuh isu ketenteraman awam, prinsip moral, fitnah atau pengapian apa-apa kesalahan.

Malah, katanya, polis akan mengambil tindakan tegas tanpa komromi terhadap mana-mana pihak dikesan melakukan perbuatan seperti itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Sukan 14 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Semasa 1 hari yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 15 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir