web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 5:23PM

Rosmin Adam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penceramah bebas, Rosmin Adam sedang disiasat pihak berkuasa susulan fitnah yang didakwa dibuat menerusi satu ceramah di Negeri Sembilan. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dr Zulkifli Hasan menerusi satu ciapan mengesahkan perkara itu.

“Berkenaan dengan tular video seorang penceramah dikhabarkan membuat fitnah di Masjid baru-baru ini.

“Mendapat makluman perkara ini sudah dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya. 

Tegur beliau, fitnah di penghujung Ramadan seolah-olah tidak sabar menanti pembebasan syaitan dan iblis.

“Kita perlu sentiasa bermuhasabah diri daripada menzalimi atau menyakiti orang lain walaupun dalam hal yang kelihatan kecil dan remeh.

“Berwaspadalah agar kita tidak menjadi muflis di akhirat nanti. Semak sebelum sebar,” katanya.

Antara fitnah yang didakwa disampaikan Rosmin Adam menerusi kuliah subuh 1 April lalu - gambar X
Antara fitnah yang didakwa disampaikan Rosmin Adam menerusi kuliah subuh 1 April lalu - gambar X

Jelas Zulkifli, umat Islam perlu menginsafi firman Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW.

“Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 91 pula berfirman bahawa ‘sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu’.

“Rasulullah SAW dlam hadis diriwayatkan Huzaifah Radiyallahu 'anhu pula bersabda, ‘tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)’,” katanya.

Rosmin pada 1 April lalu di Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat didakwa menyampaikan kuliah subuh berunsur fitnah, termasu ke atas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Antara lain dia dipetik sebagai berkata, tidak mustahil satu hari nanti ayat Al-Quran akan diubah demi kepentingan politik pihak tertentu.

Susulan insiden, satu laporan polis dibuat Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Seremban semalam.

Pejabat Menteri Besar diwakili Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah manakala AMK Seremban diwakili ketuanya, Mohamad Afif Anuar.

Laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Daerah di Seremban 2.  -  Getaran, 6 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang