web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ashabul Kahfi: Tuduh Orang Sesat Sama Seperti Tuduh Ulama Juga Sesat 

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2023 10:06AM

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menuduh individu tertentu sebagai sesat kerana merujuk Ashabul Kahfi sebagai pengikut agama Nasrani atau Kristian, dianggap sama seperti menuduh ulama Islam yang membuat tafsiran sedemikian. 

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, menyebut Ashabul Kahfi sebagai Nasrani atau Kristian adalah selari dengan huraian ulama silam dan jelas bukansatu kesesatan. 

Bezanya menurut beliau, mereka dengan Nasrani atau Kristian di zaman Nabi dan hari ini ialah Ashabul Kahfi adalah Nasrani yang beiman dengan Agama Tauhid sebagaimana dibawa oleh Nabi Isa AS.

“Isu Ashabul Kahfi ini telah dijadikan isu politik untuk menyerang pihak yang berbeza sehingga lahir tuduh menuduh sebagai sesat dan sebagainya. 

“Apabila menjadi isu politik, nilai ilmu telah dikesampingkan dan kalam serta tulisan ulama Islam tidak menjadi rujukan, tetapi emosi serta sentimen menjadi landasan dan disebarkan pula dalam kalangan mereka yang kurang pengetahuan agamanya bagi mencipta persepsi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Mohd Khairuddin, Ashabul Kahfi hidup di zaman sebelum kedatangan Rasulullah dan ceritanya diketahui oleh masyarakat Jahiliyah, penganut agama Yahudi dan Nasrani atau Kristian di zaman Rasulullah. 

“Datang Al Quran menjelaskan cerita yang sebenar setelah dicabar oleh Musyrikun Quraisy: "Kami ceritakan kisah mereka dengan sebenar" lalu Al-Quran dengan jelas menyebut mereka adalah "pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka". 

“Ulama Tafsir berbeza pendapat apa agama Ashabul Kahfi yang beriman dengan Allah ketika itu sama ada Nasrani atau sebelum agama Nasrani,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Imam Tabari (224-310 H) menukilkan beberapa riwayat bahawa mereka adalah ‘muslim di atas agama Nabi Isa AS yang berhadapan dengan raja penyembah berhala yang menyeru mereka menyembah berhala’.

“Ibnu Kathir (701-774 H) pula cenderung pada ‘mereka pemuda sebelum agama Nasrani (kristian)’.
Kata Ibnu Kathir:
‎وقد ذكر أنهم كانوا على دين عيسى ابن مريم ، عليه السلام ، والله أعلم - والظاهر أنهم كانوا قبل ملة النصرانية بالكلية ، فإنه لو كانوا على دين النصرانية ؛ لما اعتنى أحبار اليهود بحفظ خبرهم وأمرهم ؛
"Disebut bahawa mereka memeluk agama Isa bin Maryam. Yang jelas mereka sebelum agama Nasrani kerana jika mereka beragama Nasrani tentulah pendita-pendita Yahudi tidak menyimpan berita dan hal mereka,” katanya.

Kedua-dua tafsiran ini tegas Mohd Khairuddin, merumuskan bahawa sebahagian ulama berpendapat Ashabul Kahfi beragama Nasrani atau hari ini dipanggil Kristian yang beriman dengan Allah. 

Katanya, persoalan yang barangkali menimbulkan kekeliruan ialah apakah Ashabul Kahfi beragama Nasrani Kristian sepertimana Nasrani Kristian pada hari ini, atau seperti Nasrani Kristian pada zaman Rasulullah yang mempercayai akidah triniti melibatkan Tuhan merupakan satu kesyirikan dan ditegur oleh Rasulullah pada awal Islam. 

“Jawapannya tentu tidak kerana Al Quran menyebut mereka ‘beriman dengan Tuhan mereka’ dalam konteks mereka mengEsakan Allah SWT dan menolak penyembahan patung berhala sebagaimana huraian ulama Tafsir.

“Justeru, Ashabul Kahfi  adalah Nasrani atau Kristian yang mentauhidkan Allah SWT sebagaimana ajaran Nabi Isa Alaihissalam,” katanya.

Beliau memberitahu, segala isu berkaitan agama seharusnya dibahas tanpa sentimen yang berupaya mencarik perpaduan umat Islam. 

“Usah dikorbankan umat ini dengan sentimen politik menggunakan isu-isu agama yang mudah membangkitkan sentimen dalam keadaan emosi tanpa ilmu,” katanya. - Getaran, 24 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Terkenal Di Dunia Maya Bukan Jaminan Tak Buat Silap - Khairuddin

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Jangan Politikkan Isu Berkaitan Agama, Pendakwah Harus Bijak Jawab Persoalan - YADIM

3

Politik 9 bulan yang lalu

Suami Ikrar Cerai Isteri Talak 3 Perlu Bayar Kaffarah Sumpah - Khairuddin

4

Politik 1 tahun yang lalu

Khairuddin Bantu Dusuki Dalam Majlis Ulama UMNO  

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Sukan 7 jam yang lalu

Kematian Pemain China: BWF Semak Semula Protokol Tindak Balas Kecemasan

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Dera Anjing Pernah Viral, Baling Kerusi Ke Arah Pelatih

oleh Sophia Ahmad