web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lonjakan Kes COVID-19, Kelantan Buka 3 Lagi PKRC 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 1:17PM

Dr Mohd Azman Yacob (kanan) melawat PKRC Tanjung Chat di Kota Bharu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Peningkatan kes COVID-19 di Kelantan sejak dua minggu ini menyebabkan negeri ini akan membuka tiga lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tiga lagi lokasi iaitu di daerah Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Katanya, tiga PKRC itu akan dibuka dalam masa terdekat bagi menampung keperluan pesakit yang semakin meningkat.

"Kita mencadangkan untuk membuka di tiga daerah itu memandangkan di Kota Bharu sudah tiada tempat yang sesuai untuk menempatkan pesakit dalam jumlah yang ramai. 

"Tiga daerah itu juga terletak berhampiran dengan Kota Bharu, jadi ia memudahkan pihak kesihatan untuk menghantar pesakit COVID-19," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat PKRC Dewan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Tanjung Chat di sini, hari ini.

Pada lawatan berkenaan Dr Mohd Azman yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya bermula esok, turut menyerahkan tugas Pengarah PKRC  Kelantan kepada Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir.

Mengulas lanjut Dr. Mohd Azman berkata, PKRC Tanjung Chat akan dikhususkan untuk pesakit wanita dan boleh menempatkan 220 orang yang dijangka beroperasi Selasa ini.

"Kita juga membuka PKRC yang ke-14 membabitkan PKRC Institut Latihan Perindustrian (ILP), yang mula beroperasi hari ini dan boleh memuatkan 300 pesakit.

"Jika sebelum ini PKRC kita boleh penuh dalam masa tiga hari, namun peningkatan kes COVID-19 yang  mendadak menyebabkan PKRC yang dibuka boleh penuh dalam masa dua hari sahaja.

"PKRC di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat misalnya, penuh dalam masa dua hari selepas dibuka," katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, masih ramai pesakit COVID-19 di negeri ini yang bersikap sambil lewa, dan hanya  datang ke klinik atau hospital apabila keadaan mereka sudah teruk.

"Kita berharap individu yang mempunyai simptom hadir membuat ujian saringan bagi mengesan COVID-19 pada peringkat awal.

"Pada peringkat awal, jangkitan virus masih boleh dirawat dan tidak memerlukan masa yang lama untuk sembuh," katanya. - Getaran,  30 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia