web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Lagi PPV Mega Akan Ditambah Di Lembah Klang - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 May 2021 4:18PM

Sebanyak 3 PPV mega akan dibangunkan di Selangor dan 2 lagi di Kuala Lumpur bagi meningkatkan kapasiti pemberian vaksin bermula 7 Jun ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menambah lima lagi pusat pemberian vaksin (PPV) mega di Lembah Klang bagi meningkatkan kapasiti pemberian vaksin bermula 7 Jun ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata sebanyak tiga PPV mega akan dibangunkan di Selangor dan dua lagi di Kuala Lumpur.

"Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah buat keputusan untuk meningkatkan kapasiti pemberian vaksin di Lembah Klang. Saya sudah maklumkan pada Menteri Besar Selangor.

"Di Selangor kita akan tambah tiga PPV mega iaitu di The Mines, UiTM Puncak Alam dan Setia City Convention Centre manakala di Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur Convention Centre dan perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya selepas melawat PPV di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Khairy berkata lebih banyak stesen suntikan dan dewan akan dibuka di PPV MITEC yang akan memulakan operasinya esok bagi melancarkan proses pemberian vaksin secara besar-besaran.

Khairy berkata  kapasiti suntikan harian untuk PPV di MITEC esok ialah lebih 2,000, namun beliau menyasarkan lokasi itu menampung lebih 6,000 suntikan sehari.

Katanya beliau akan ke Pulau Pinang dan Johor minggu depan bagi membincangkan pembukaan PPV mega di kedua-dua negeri itu.

Mengenai pemberian vaksin secara pandu lalu, Khairy berkata beliau akan mengeluarkan arahan dan garis panduan mengenainya esok untuk semua negeri yang mahu melaksanakan sistem itu.

Khairy berkata  beberapa negeri sudah meminta kebenaran untuk menjalankan sistem itu susulan keputusan projek rintis pemberian vaksin secara pandu lalu di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan yang memberangsangkan.

“Saya minta tempoh 24 jam untuk mengeluarkan garis panduan pelaksanaan pemberian vaksin pandu lalu ini. Kita perlu pastikan ada garis panduan keselamatan, tak boleh pandu lalu, terus cucuk (vaksin) dan terus pergi. Kena ada tempoh pemantauan. Idea itu bagus dan kita telah timbang,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia