web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Gangguan Bekalan Ayam Di Melaka - KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 5:10PM

Bekalan ayam mencukupi di Melaka meskipun berlaku penutupan sementara sebuah kilang pemprosesan ayam di negeri ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri memberi jaminan bekalan ayam di negeri ini mencukupi dan tidak berlaku kekurangan.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada mana- mana pihak mengenai kekurangan bekalan ayam di pasaran sama ada di pasar mahupun pasar raya.

Beliau berkata, walaupun terdapat penutupan sementara sebuah kilang pemprosesan ayam di Alor Gajah ekoran pekerjanya yang positif COVID-19, ia tidak mengganggu bekalan ayam negeri berkenaan.

"Setakat ini tiada sebarang aduan diterima serta bekalan ayam di Melaka juga amat mencukupi malah penutupan kilang itu juga tidak memberi kesan.

"Kilang itu hanya mengeluarkan kira- kira 5, 000 ekor ayam setiap hari untuk dipasarkan kepada premis tertentu sahaja selain turut tertumpu kepada pengeluaran barangan frozen, bukan bekalam ayam segar," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Menurut beliau, penutupan kilang itu juga tidak menjejaskan bekalan kerana masih terdapat beberapa kilang dan penternak lain yang boleh menampung permintaan bekalan.

"Kita masih ada lagi beberapa kilang dan penternak di untuk menampung bekalan ayam terutamanya di kawasan Alor Gajah sebaliknya jika premis itu adalah salah satu kilang pemprosesan ayam utama kemungkinan akan berlakunya gangguan bekalan," katanya.

Mengulas lanjut, Norena berkata, harga ayam juga masih berada di paras yang ditetapkan iaitu bawah RM8 sekilogram dan tindakan tegas akan diambil sekiranya ada pihak yang cuba untuk menaikkan harga.

Sebelum ini, kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah itu diarahkan menghentikan sementara operasi bermula 22 Mei sehingga 4 Jun selepas Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengeluarkan Notis Perintah Tutup Premis.

Ia susulan 175 pekerja kilang itu yang kebanyakkannya warga asing disahkan positif COVID-19, sehingga mencetuskan Kluster Industri Pengkalan Balak dan sehingga semalam sebanyak 72 jangkitan baharu dilaporkan dengan 308 kes kumulatif. - Getaran, 30 Mei 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia