web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenazah Wartawan Hiburan Siti Nor Hafiza Tiba Esok

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 3:38PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Siti Nor Hafıza Kamarudin, 40, yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Charing Cross, London dijangka tiba di tanah air esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh suami wartawan hiburan berkenaan, Mohd Roshdi Ramli menerusi WhatsApp kepada keluarga dan turut memberitahu jenazah akan berlepas dari London dengan menaiki pesawat MH0003 hari ini sebelum dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 7.15 pagi esok.

"Jenazah akan dibawa ke Masjid Jamek Kampung Baru sejurus selesai urusan di KLIA untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Raudathul Sakinah, Taman Selasih, Jalan Kuala Lumpur-Karak," katanya.

Siti Nor Hafıza menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Charing Cross pada 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) pada 28 Disember lalu.

Beliau menerima rawatan di hospital itu selepas dilapor tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow pada 27 Disember lalu untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.

Wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media itu terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London serta berlepas ke sana bersama Mohd Roshdi dan dua cahaya mata mereka pada pertengahan Disember lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia