web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KWSP Tutup Semua Cawangannya Di Seluruh Negara Bermula 1 -14 Jun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 May 2021 9:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup pejabat dan kaunter perkhidmatannya di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun ini selaras dengan pelaksanaan fasa pertama sekatan pergerakan penuh.

Sehubungan itu, KWSP berkata semua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online (JTO) dalam tempoh berkenaan akan dibatalkan.

“Ahli KWSP perlu membuat janji temu semula pada tarikh selepas tempoh sekatan pergerakan penuh berakhir jika ada keperluan untuk hadir di cawangan KWSP.

“Janji temu bagi pengeluaran umur 50, 55, 60 dan hilang upaya akan diberikan keutamaan apabila pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP beroperasi semula. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka supaya rantaian jangkitan dapat diputuskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi ahli KWSP yang telah memohon pengeluaran i-Sinar dan sedang menunggu pembayaran melalui Arahan Bayaran, cawangan KWSP berkenaan akan menghubungi ahli untuk urusan pengambilan di cawangan yang mereka pilih.

“Perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti permohonan pengeluaran perumahan, umur 50, 55 dan 60, ahli hanya boleh melakukannya secara dalam talian melalui i-Akaun,” katanya sambil memaklumkan ahli boleh merujuk senarai perkhidmatan itu secara dalam talian.

Bagaimanapun, KWSP berkata proses pengesahan cap ibu jari bagi melengkapkan transaksi dalam talian hanya boleh dilaksanakan setelah tamat tempoh sekatan pergerakan penuh dan apabila cawangan dibuka semula.

Terdahulu, dalam kenyataan berasingan, KWSP mengumumkan penutupan sementara pejabat dan kaunternya di Kluang, Johor dan Kuala Terengganu, Terengganu bermula hari ini sehingga dimaklumkan kelak selepas kakitangannya di cawangan terlibat didapati positif COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia