web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 12:34PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih hari ini.

Istiadat perbarisan berkenaan yang diadakan bersempena dengan tamat pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini berlangsung di Kem Perdana, Sungai Besi di sini.

Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019 selepas menggantikan Sultan Muhammad V iaitu Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Kali terakhir istiadat sama diadakan adalah pada 2016 semasa Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Istiadat itu melibatkan 40 pegawai dan 888 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu tentera darat, laut dan udara.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua dimulakan dengan Hormat Diraja oleh anggota perbarisan yang diketuai Lt Kol Mohd Azamri Abdullah sebelum lagu Negaraku didendangkan oleh gabungan Pancaragam ATM, selain Tembakan Kehormatan Artileri sebanyak 21 das turut mengiringi lagu kebangsaan.

Perbarisan juga menyaksikan terbang lintas hormat lima helikopter ATM yang masing-masing membawa Jalur Gemilang, bendera ATM, bendera tentera darat, udara dan laut.

Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan memeriksa perbarisan dengan menaiki kenderaan pemeriksa.

Terdahulu, anggota perbarisan melaksanakan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan laju sebelum mara menghadap pasangan diraja berkenaan.

Satu persembahan khas melibatkan seorang pegawai dan 306 anggota lain-lain pangkat membabitkan gabungan pancaragam pusat ATM bersama Drumline dan Brassband Tentera Darat turut memeriahkan Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka