web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Santapan Beradat Menjunjung Kasih

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 8:10AM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Beradat Menjunjung Kasih di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Santapan Beradat Menjunjung Kasih.

Majlis itu, yang diadakan bersempena dengan tamatnya pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini, berlangsung di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Pertahanan di sini.

la disertai 370 tetamu daripada ketiga-tiga ketumbukan ATM iaitu tentera darat, laut dan udara.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta isteri, Datin Seri Rosni Omar, dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman serta isteri, Puan Sri Ramlah Dawi.

Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019 selepas menggantikan Sultan Muhammad V iaitu Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut dengan nyanyian lagu Negaraku sebelum perarakan masuk Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke dewan di mana majlis santapan itu diadakan.

Mohammad kemudian memohon perkenan Seri Paduka untuk memulakan majlis dengan Minum Ucap Selamat kepada baginda dan lagu kebangsaan sekali lagi dimainkan.

Majlis itu turut menyaksikan Ucap Selamat Seri Paduka kepada ATM yang diiringi lagu Tentera Benteng Pertahanan Negara sebelum Majlis Santapan Beradat bermula.

Pada majlis itu juga, baginda berdua disajikan dengan tayangan montaj Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, persembahan multimedia dan nyanyian artis tempatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

2

Semasa 5 hari yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

3

Sukan 6 hari yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Cipta Kejutan, Rakyat Teruja Bertemu Agong Di Restoran Nasi Lemak

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 6 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375