web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Semak MySejahtera, Percaya Berita Palsu Punca Tak Datang Janji Temu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 8:24AM

Antara punca tidak hadir temu janji vaksin adalah terpengaruh dengan penyebar berita palsu mengenai vaksin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tidak menyemak aplikasi MySejahtera dan terpengaruh dengan berita tidak benar berkaitan vaksin dikenal pasti sebagai antara punca 10,000 penduduk Pahang tidak menghadiri janji temu suntikan vaksin COVID-19. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata alasan itu diterimanya selepas beliau mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan berhubung isu ketidakhadiran di pusat pemberian vaksin (PPV) di Pahang.  

Beliau berkata Raub merupakan daerah paling tinggi mencatatkan jumlah ketidakhadiran iaitu 45 peratus diikuti Pekan (43 peratus), Maran (40), Bera (28) manakala Bentong dan Jerantut masing-masing mencatatkan 22 peratus.

"Selain tidak sedar akan lokasi, masa dan tarikh janji temu vaksin yang diberikan oleh aplikasi MySejahtera, ada juga yang memberikan alasan terlupa. 

"Terdapat kalangan warga emas yang berubah fikiran selepas terpengaruh dengan berita tidak benar tentang vaksin yang disebarkan ahli keluarga atau sahabat atau yang tular di media sosial," menurutnya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial rasmi beliau. 

Wan Rosdy berharap golongan muda dapat membantu menyemak dan mengingatkan ibu bapa khususnya mereka yang telah berusia berhubung janji temu suntikan vaksin supaya tidak terlepas perkara penting itu. 

Beliau juga berkata kerajaan negeri akan terus mendapatkan maklum balas daripada rakyat Pahang berhubung isu ketidakhadiran janji temu suntikan vaksin walaupun telah mendaftar untuk menerima suntikan tersebut. 

"Ini kerana kita mesti berusaha sebaik mungkin untuk mencapai tahap imuniti kelompok dengan segera dan ini hanya boleh dicapai jika sebahagian besar kita telah menerima vaksin supaya dapat memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia