web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemalangan Tren: 3 Mangsa Kritikal Kini Tunjuk Perkembangan Baik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 8:25AM

Tiga pesakit yang dirawat di ICU di HKL menunjukkan perkembangan baik dan lebih stabil. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga mangsa insiden kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya Isnin lepas yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini menunjukkan perkembangan yang baik berbanding sebelum ini, kata Menteri Pengangkutan​ Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

“Pada pagi ini, sekali lagi Pasukan Perubatan HKL memaklumkan perkembangan terkini mengenai tiga pesakit tersebut. Syukur apabila dimaklumkan bahawa ketiga-ketiga pesakit menunjukkan progress (perkembangan) yang baik dan keadaan lebih stabil berbanding sebelum ini,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Wee berkata seorang pesakit wanita berusia 37 tahun yang telah menjalani pembedahan otak pada awal pagi 25 Mei lepas, kini beransur pulih dan berada dalam pemantauan rapi pakar perubatan.

Katanya, seorang pesakit lelaki berusia 52 tahun turut menunjukkan proses pemulihan yang memuaskan.

“Beliau akan menjalani pembedahan tulang belakang pada 31 Mei (esok). Prasarana akan menanggung segala kos perubatan berjumlah RM24,000 untuk membeli plat titanium, skru dan rod titanium serta perkakas lain untuk tujuan pembedahan spine tersebut,” katanya.

Sementara itu, Wee berkata keadaan seorang lagi pesakit wanita berusia 26 tahun juga bertambah baik dan akan menerima rawatan lanjut oleh pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) dan oftalmologi.

Beliau turut menzahir penghargaan kepada pasukan pakar perubatan HKL kerana bertungkus-lumus memberi rawatan terbaik kepada tiga mangsa insiden terbabit.

“Dalam masa sama, saya juga telah berkomunikasi dengan keluarga tiga pesakit berkenaan tengah hari tadi. Saya dan seluruh warga Kementerian Pengangkutan sentiasa mendoakan agar kesemua pesakit pulih sepenuhnya,” katanya.

Dalam kejadian pada 8.33 malam, Isnin lepas (24 Mei), sebuah tren yang tidak membawa penumpang telah bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 orang penumpang di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia