web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wan Fayhsal, Jangan Tipu! Betulkan Semula Fakta Anda! - MKM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Jan 2024 8:52AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal perlu menarik semula kenyataan dibuatnya melibatkan GrabTaxi Holdings.

Jurucakap Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) berkata, dakwaan bahawa GrabTaxi Holdings atau Grab berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan jelas adalah satu penipuan.

Menurut jurucakap itu, kenyataan berkenaan adalah cubaan jahat untuk memburukkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Menteri Kewangan.

“Umum mengetahui syarikat GrabTaxi Holdings adalah sebuah syarikat teknologi swasta berpangkalan di Singapura, yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik melalui aplikasi di Singapura dan negara-negara Asia Tenggara.

“Kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh Ahli Parlimen Machang itu seolah-olah sengaja ingin memperbodohkan rakyat dengan maklumat yang tidak betul,” katanya.

Jelas jurucakap MKM, dakwaan Wan Ahmad Fayhsal yang turut dilabel sebagai Mat Jargon itu dibuat pada perhimpunan penghantar makanan e-hailing yang diadakan 17 Januari lalu di Petaling Jaya.

“Mahasiswa Keadilan Malaysia menggesa Yang Berhormat Wan Ahmad Fayhsal untuk menarik semula kenyataan beliau dan memperbetulkan fakta. 

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini tidak akan membawa apa-apa kebaikan bahkan ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,” tegasnya.

Selain mendakwa Grab berada di bawah bidang kuasa Anwar, Wan Ahmad Fayhsal yang juga 
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berikrar untuk mmebawa isu upah penunggang p-hailing ke Parlimen, Februari ini.

Katanya, nasib semua penunggang p-hailing tempatan wajar dibela, apatah lagi pendapatan mereka teruk terjejas akibat kenaikan kos sara hidup. - Getaran, 21 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Syarikat Pengendali Pakej Umrah, Pengarah Didakwa Gagal Patuhi Perintah Award TTPM

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 1 hari yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Semasa 16 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri