web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2024 1:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Seorang suri rumah kerugian RM31,700 selepas menjadi mangsa penipuan penjualan barangan terpakai dalam talian minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa berusia 60-an itu telah berminat untuk membeli barangan terpakai yang diiklankan melalui laman Facebook bulan lepas.

Mangsa kemudiannya dihubungi suspek pada 15 Mac lepas bagi urusan pembelian barangan berkenaan.

"Suspek menghantar pautan kepada mangsa untuk memuat turun aplikasi bagi pembayaran deposit barangan terbabit," kata Alexson dalam satu kenyataan hari ini.

Tanpa memberikan butiran barang yang hendak dibeli itu, Alexson berkata mangsa cuba untuk log masuk ke aplikasi itu menggunakan nama pengguna dan kata laluan perbankan internetnya tetapi gagal.

Selepas itu, mangsa mendapati wang dalam akaun banknya telah ditolak sebanyak RM31,700.

Mangsa membuat laporan polis pada Ahad dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana menipu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Hilang Bot Karam Di Sungai Rajang

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Disambar Buaya Ketika Tangkap Ikan Di Tebing Sungai

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

oleh Diyana Nawwar

Semasa 21 jam yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu