web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bawa Bil Utiliti Sebagai Dokumen Sokongan : KPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 7:11PM

Acryl Sani Abdullah Sani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai digalakkan membawa bil utiliti kediaman sebagai dokumen sokongan ketika keluar dari rumah untuk membeli barangan atau mendapatkan rawatan.

Tindakan itu adalah bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial yang akan bermula esok sehingga 14 Jun depan iaitu had pergerakan kepada radius 10 kilometer.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pembuktian alamat kediaman akan dilakukan melalui alamat yang tertera di kad pengenalan.

“Bagi memudahkan petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) dan juga orang ramai, kita galakkan jugalah untuk membawa bil-bil utiliti seperti bil elektrik sebagai dokumen sokongan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Acryl Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah bilangan SJR daripada 600 ke 800 sepanjang PKP 3.0.

“Setakat ini sebanyak 600 SJR dilaksanakan di seluruh negara dan kita akan tambah kepada 800 lokasi.

“Selain itu, SJR juga akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu SJR tetap dan SJR secara bergerak dengan tujuan meminimakan pergerakan orang ramai,” katanya. 

Pada masa sama, beliau berkata, PDRM juga akan menambah kekuatan anggota yang bertugas sepanjang PKP 3.0 daripada 38,000 kepada 55,000.

“Kami juga akan meminta bantuan daripda agensi sahabat lain untuk memberikan bantuan sokongan iaitu tambahan 15,000 anggota dengan menjadikan jumlah keseluruhan petugas kepada 70,000,” katanya. - Getaran, 31 Mei 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia