web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Kartel: PDRM Hands Off, EAIC Diminta Siasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 May 2021 8:43PM

Abdul Hamid pernah mendedahkan gerakan dalaman di kalangan pegawai muda dalam PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau ketika menjadi Ketua Polis Negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengutuskan surat kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), bagi menyiasat dakwaan kewujudan kartel dalam pasukan berkenaan, seperti dinyatakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan, PDRM tidak akan mencampuri siasatan EAIC bagi menentukan kesahihan dakwaan tersebut, sekali gus menentukan tindakan lanjut yang perlu diambil.

"Kita tidak boleh menyiasat isu kartel itu kerana ia hanyalah satu tohmahan yang dilemparkan ke atas pasukan keselamatan.

"Saya serius dan sedia maklum dakwaan berlaku isu kartel dalam PDRM, kita sudah menulis surat memohon EAIC untuk menyiasat perkara ini dengan segera. Mereka sedang meneliti permintaan kita dalam hal tersebut," katanya dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman di sini, hari ini.

Acryl Sani berkata, perkara itu hanya boleh disiasat dan diputuskan oleh pihak ketiga.

"EAIC satu suruhanjaya bebas dan mempunyai reputasi yang baik serta berupaya mengendalikan hal ini.

"Kami 'hands off' (angkat tangan) dalam perkara ini, biar mereka (EAIC) datang dan siasat secara telus," katanya.

Sebelum ini, Abdul Hamid, pernah mendedahkan wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau.

Katanya gerakan itu membabitkan kumpulan sama mendalangi kartel dalaman PDRM, yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan peribadi mereka. - Getaran, 31 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia