web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Pernah Berhasrat Hapuskan Laluan Parallel - Dr Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 5:18PM

Program Laluan Parallel ketika ini sedang menaungi 3,200 muda yang melanjutkan pelajaran agar boleh diiktiraf sebagai pakar - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah berhasrat menghapuskan program Laluan Parallel (Parallel Pathway)  yang menjadi medium untuk mana-mana doktor kerajaan bergelar pakar dalam bidang diminati.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefli Ahmad berkata, isu menyelubungi Latihan Laluan Parallel telah diletakkan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) 100 hari beliau sebagai Menteri Kesihatan.

Menurut beliau, ia akan diberi perhatian khusus malah beberapa siri pertemuan telah diatur dengan pihak berkaitan, termasuk Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Akademi Perubatan Malaysia (AMM) dan Kesatuan Pakar Pakar Pembedahan Jantung di Malaysia (MATCVS).

“Saya berisiko untuk gagal dalam mencapai KPI ini tetapi ia perlu diteruskan.

“Saya telah bertemu dengan banyak pihak termasuk Profesor Emerita Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dan ramai lagi (untuk tujuan ini),” katanya menerusi ciapan di X.

Dr Dzulkefly Ahmad - gambar fail
Dr Dzulkefly Ahmad - gambar fail

Dr Dzulkefly menyatakan demikian sebagai membalas rintihan Pakar Nefrologi, Dr Rafidah Ahmad yang mendakwa, terdapat pihak tertentu di Kementerian Kesihatan (KKM) yang mahu menyekat program Laluan Parallel.

Dakwa Dr Rafidah, program berkenaan ketika ini sedang menaungi 3,200 doktor muda yang berusaha melanjutkan pelajaran agar boleh diiktiraf sebagai pakar.

“Nak masuk program Masters universiti tempatan pun kena tunggu kurang-kurang lima tahun. Tempat pun tidak cukup. Perkhidmatan kpd rakyat pasti terjejas tanpa pakar yang mencukupi. Kita perlu program parallel ini berterusan, tolonglah jangan hapuskan. Itu belum bincang tentang jawatan tetap. Saya cuma memberi suara kepada mereka yang teraniaya.

"Doktor-doktor yang teraniaya ini hanya mampu merintih di dalam hati, sambil terus mencurah khidmat kepada negara kita, khususnya KKM. Jangan sekali-kali menuduh kami tidak patriotik dan bersemangat nasionalisme. Doakan mereka nun di atas sana dapat membuat keputusan yang betul, demi kebaikan negara kita,” keluhnya, menerusi bebenang di X.

Dr Rafidah Ahmad - gambar X
Dr Rafidah Ahmad - gambar X

Mengulas lanjut isu berkenaan, Dr Dzulkefly berkata, beliau optimis isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik, namun pada masa sama, kualiti perkhidmatan sektor kesihatan tidak boleh dijadikan cagaran hanya kerana bilangan pakar belum mencukupi. 

“Adalah penting untuk kita mengharmonikan pelbagai program latihan yang menepati piawaian perundangan dan standard ditetapkan kerajaan.

“Sebagai Menteri, saya mahu melihat lebih ramai doktor dilatih dan menjadi lebih baik. Kita perlu bekerjasama dalam hal ini. Kita perlu mengejar kuantiti, tetapi pada masa sama menjaga kualiti,” katanya. - Getaran, 27 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Politik 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri