web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP: Operasi Rel, Bas Prasarana Seperti Biasa, Kekerapan 10 Minit Waktu Puncak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 8:00AM

Tren dan bas Prasarana beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan tren dan bas Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa.

Prasarana dalam kenyataan di sini memaklumkan kekerapan bas pada waktu puncak pagi dan petang adalah kekal iaitu antara pukul 6.00 hingga 10 pagi dan antara pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam manakala kekerapan untuk waktu bukan puncak dikurangkan kepada 50 peratus, namun akan berubah berdasarkan permintaan. 

“Operasi bagi perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan monorel akan diselaraskan dengan kekerapan setiap 10 minit pada waktu puncak pagi dan petang pada hari biasa dan 30 minit pada hari minggu dan cuti umum namun ia akan diubah suai mengikut keperluan semasa operasi,” menurut kenyataan itu.

Prasarana dalam pada itu turut menyarankan pengguna Rapid KL memuat turun aplikasi PULSE untuk memeriksa jadual terkini perjalanan bas serta rel, dan bagi penumpang bas Rapid Penang, Rapid Kuantan dan Rapid Kamunting, mereka disaran menggunakan platform media sosial syarikat berkenaan untuk mendapatkan jadual terkini perjalanan.

Sekatan pergerakan penuh atau fasa pertama di seluruh negara akan berkuat kuasa selama 14 hari bermula tengah malam ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia