web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 8:40PM

Keadaan tanah runtuh di belakang sebuah rumah di Taman Bukit Pantai yang berlaku pagi tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bahagian penjuru belakang sebuah banglo tiga tingkat di Jalan Taman Pantai, Taman Bukit Pantai, Bangsar di sini terjejas akibat kejadian tanah runtuh, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, 17 anggota bomba dari balai bomba Pantai dan Seputeh bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.45 pagi.

Komander Operasi Kanan JBPM, Mustafa Kamal Mohd Arih berkata, berdasarkan pemeriksaan awal, kejadian itu mungkin berpunca daripada kebocoran saliran air kolam renang unit rumah atas bukit di belakang banglo berkenaan.

"Kerja-kerja mengosongkan sisa air kolam renang dilakukan oleh pasukan bomba bagi mengelak tanah di kawasan berkenaan semakin lembab dan berpotensi berlakunya pergerakan atau hakisan tanah," katanya dan menambah tiada mangsa yang terperangkap serta tiada struktur rumah mengalami kerosakan.

"Kes diserahkan pada Unit Cerun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia dan kontraktor rumah untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Utara Musnah Terbakar

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 10 Warga Asing Termasuk Kanak-Kanak Mengemis Di Bangsar

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Sukan 22 jam yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 16 jam yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN