web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2024 4:09PM

Tragedi tanah runtuh melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, Papua New Guinea. – Gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Malaysia sedia membantu Papua New Guinea yang dilanda tragedi tanah runtuh besar di Wilayah Enga pada awal pagi Jumaat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ingatan dan simpati saya untuk penduduk Papua New Guinea susulan tragedi tanah runtuh besar yang telah meragut lebih seratus nyawa di wilayah Enga.

"Berlaku di kawasan terpencil, bergunung-ganang dan berceranggah pada awal pagi Jumaat, tindak balas kemanusiaan terhadap tragedi ini akan menjadi amat mencabar.

“Malaysia sedia membantu saudara-saudara kita di Papua New Guinea,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, kira-kira 600 kilometer ke barat laut ibu negara Port Moresby kira-kira 3 pagi waktu tempatan pada Jumaat, dengan ratusan orang dikhuatiri terkorban.

Pihak berkuasa bagaimanapun masih belum mengesahkan angka kematian rasmi.

Reuters melaporkan lebih 50 rumah, dengan kebanyakan penghuninya sedang tidur ketika kejadian, ditimbus tanah runtuh.

Wisma Putra memaklumkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau menjadi mangsa tanah runtuh tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Malaysia bersimpati dan mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terkesan oleh tanah runtuh itu selain kepada rakyat dan kerajaan Papua New Guninea. – The Vibes, 25 Mei, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM 

Sukan 1 hari yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Semasa 17 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang