web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syarikat Perdagangan Pengedaran Perlu Mohon Surat Kebenaran Baharu Melalui CIMS MITI

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 1:30PM

Pasar raya atau kedai runcit adalah antara perkhidmatan perlu yang dibernarkan beroperasi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Semua syarikat sektor perdagangan pengedaran di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh mulai hari ini sehingga 14 Jun diminta memohon semula surat kebenaran baharu.

KPDNHEP menerusi notis yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya memaklumkan permohonan semula surat kebenaran beroperasi tersebut boleh dibuat di pautan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di https://notification.miti.gov.my/login.

Menurut KPDNHEP, surat kebenaran CIMS/MITI terdahulu adalah terbatal.

“Syarikat yang telah memohon sebelum ini menerusi pautan KPDNHEP diminta untuk berbuat demikian. Hanya surat kelulusan CIMS/MITI sahaja yang diperakui oleh penguat kuasa semua agensi kerajaan bagi memastikan keseragaman dan mengelak kekeliruan,” menurut KPDNHEP.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan direktori kementerian, KPDNHEP menyarankan pemain industri serta orang ramai untuk melayari laman sesawang MITI di www.miti.gov.my.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad lepas mengumumkan 10 jenis perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh sekatan pergerakan penuh antaranya stesen minyak, pasar raya, kedai penjagaan atau makanan haiwan serta bengkel kenderaan.

Bagaimanapun kebenaran beroperasi adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Sektor Perdagangan Pengedaran Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP) sedia ada yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Peluang Luas Kembang Perdagangan Dengan Malaysia – Putin

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Ekonomi 7 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Manfaatkan Pelbagai Sumber Modal Menerusi Pelaburan Hijau - MITI

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia