web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Perlu Datang Hospital, Tunggu Ubat Di Depan Pintu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 5:55PM

Wong Siow Qing (kiri) juga mendapatkan bekalan ubat untuk bapanya. - Gambar oleh Hospital Pakar KPJ Puteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Hospital Pakar KPJ Puteri, melancarkan Puteri Med-Delivery iaitu perkhidmatan penghantaran ubat ke rumah, sebagai satu transformasi fasiliti kesihatan dalam talian yang dilaksanakan pusat kesihatan itu.

Inisiatif itu diambil berikutan pelaksanaan ‘lockdown’ yang diumumkan kerajaan bermula hari ini, dalam mendepani wabak COVID-19.

Ia secara tidak langsung dapat memperkasa perkhidmatan dalam talian yang sedia ada dilaksanakan hospital terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri, Haliza Khalid berkata, perkhidmatan atas talian kini mendapat sambutan meluas seperti penghantaran ubat ke rumah dan tele-konsultasi.

“Seiring dengan situasi semasa, perkhidmatan hospital juga menawarkan pelbagai inisiatif servis melalui norma baharu, meskipun beberapa perkhidmatan telah diadakan sebelum COVID-19, antaranya perkhidmatan ubat pandu lalu.

“Kami memahami keperluan pesakit yang mempunyai perasaan bimbang untuk ke hospital dan pada masa sama kami komited memastikan bekalan ubat mereka tidak terganggu,” katanya.

Beliau berkata, sejak Puteri Med-Delivery dilancarkan, ia telah memenuhi keperluan hampir 200 pesakit termasuk dari luar Johor.

Gadafi Othman (kanan) mendapatkan bekalan ubat untuk bapanya. - Gambar oleh Hospital Pakar KPJ Puteri
Gadafi Othman (kanan) mendapatkan bekalan ubat untuk bapanya. - Gambar oleh Hospital Pakar KPJ Puteri

Perkhidmatan tele-konsultasi iaitu rundingan kesihatan dalam telefon bagi pesakit sedia ada pula berupaya membantu pesakit berhubung secara terus dengan doktor mengenai status kesihatan mereka.

Seorang pengguna perkhidmatan Puteri Med-Delivery, Gadafi Othman, 45, berkata, pada mulanya dia bimbang apabila mengetahui bekalan ubat bapanya, Othman Mohd Yusoff, 77, yang menghidap penyakit kanser hati tahap tiga, hanya bertahan untuk sehari.

“Kalau boleh saya memang elakkan untuk bawa ayah ke hospital sekiranya tidak mendesak atas faktor daya imunisasi ayah yang rendah dan apabila mengetahui hospital menyediakan perkhidmatan bekalan ubat ke rumah ini, saya terus membuat pesanan.

“Saya menceritakan status ubat ayah, tidak sangka semalam buat pesanan, hari ini ubat dihantar sendiri oleh pihak hospital. Saya bersyukur sangat,” kongsinya.

Bagi Wong Siow Qing, 24, dari Taman Seri Orkid, Skudai di sini, dia juga menggunakan khidmat disediakan untuk mendapatkan bekalan ubat buat bapanya yang turut mendapat konsultasi dengan Pakar Mata, Dr Sahimi Sulaiman.

“Ini kali pertama saya gunakan perkhidmatan ini, ia sangat mudah dan pantas,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) turut menggalakkan pesakit kronik mendapatkan bekalan ubat melalui empat kaedah Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (VAS) sedia ada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bekalan ubat boleh didapati menerusi kaedah Ubat Melalui Pos (UMP), Farmasi Pandu Lalu, Locker4U dan Sistem Temu Janji Farmasi.

KKM menggalakkan pesakit menggunakan perkhidmatan pembekalan UMP dalam tempoh PKP kerana perkhidmatan itu membolehkan ubat terus dihantar ke rumah tanpa perlu pergi ke hospital atau klinik kesihatan. - Getaran, 1 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia