web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Wanita, 2 Lelaki Dikhuatiri Sesat Di Gunung Angsi - Bomba

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 8:00AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Empat wanita dan dua lelaki dikhuatiri sesat ketika mendaki Gunung Angsi, Kuala Pilah, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Seri Menanti, Norhirwan Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 7.31 malam tadi mengenai kejadian sekumpulan pendaki sesat di gunung tersebut.

"Maklumat awal mendapati, kesemua mangsa masih belum pulang ke rumah menyebabkan pengadu memohon bantuan daripada pihak bomba untuk mencari mangsa.

"Bertindak atas maklumat, enam anggota BBP Seri Menanti telah bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera FRT (Fire Rescue Tender) sejurus menerima panggilan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, terdapat dua kenderaan di kaki Gunung Angsi disyaki milik mangsa.

Beliau berkata pasukan bomba tiba di pondok checkpoint bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Ketua Zon 3 Negeri Sembilan, Penguasa Bomba, Yusry Abdullah Sani ketika dihubungi berkata, kesemua mangsa berusia lingkungan 28 hingga 42 tahun didapati telah mendaftar terlebih dahulu di pondok pejabat hutan.

Menurutnya, kesemua pendaki dipercayai dari Selangor masih belum mendaftar keluar dari gunung berkenaan, susulan itu pasukan penyelamat yang turut dibantu polis telah mencari mangsa hingga ke puncak, namun tidak terdapat sebarang jejak mangsa.

"Pencarian akan diteruskan malam ini dengan pecahan ke tiga lokasi yang dijangka mangsa akan turun iaitu di Ulu Bendul, Kampung Jkin di Kuala Pilah dan Taman Tuanku Ja'afar (TTJ) di Seremban.

Difahamkan, sehingga kini kesemua mangsa tidak dapat dihubungi melalui talian telefon. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Ketua Sudah Lari, Tapi Ajaran Ahmadi Masih Aktif?

2

Semasa 4 bulan yang lalu

6 Pendaki Sesat Di Gunung Angsi Ditemukan Selamat, Seorang Cedera - Bomba

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Terkenal Di Dunia Maya Bukan Jaminan Tak Buat Silap - Khairuddin

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Tapir Cedera, Sesat Di Kampung Temenin

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Semasa 15 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Politik 7 jam yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

oleh Diyana Nawwar