web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemergian Tun Abdul Taib: Sarawak Isytihar Berkabung 2 Hari

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Feb 2024 12:12PM

Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud selesai disolatkan di Masjid Negara. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kerajaan Sarawak mengisytiharkan berkabung selama dua hari bermula hari ini sebagai menghormati pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Kerajaan Sarawak dalam kenyataan rasmi memaklumkan bendera di seluruh Sarawak juga akan dikibarkan separuh tiang dan sebarang acara hiburan ditangguhkan.

"Masjid dan rumah ibadat adalah digalakkan untuk mengadakan majlis doa bagi memperingati pemergian Tun Abdul Taib," menurut kenyataan itu.

Jenazah Abdul Taib dijangka tiba dari Kuala Lumpur petang ini dan akan terus dibawa ke kediaman Allahyarham di Demak Jaya, Jalan Bako, di sini.

"Jenazah akan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

"Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya," menurut kenyataan itu.

Abdul Taib Mahmud, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur awal pagi ini.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib adalah perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia