web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hari Pertama Sekatan Penuh, Bandaraya Kuala Lumpur Sunyi Sepi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 8:20PM

Polis melakukan rondaan sekitar Kuala Lumpur bagi memastikan SOP dipatuhi dalam PKP 3.0. - Gambar Alif Omar

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesibukan jalan raya, kesesakan lalu lintas serta hiruk-pikuk kota raya yang sinomin dengan Kuala Lumpur tidak lagi kelihatan hari ini susulan perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh bermula hari ini.

Laungan meriah promosi harga murah yang sentiasa bergema dari deretan kedai tekstil dan pakaian sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kini bertukar sepi, selepas operasi perniagaan bukan penting ditutup sementara, akibat situasi COVID-19 yang kian parah.

Tinjauan Getaran mendapati, pusat beli belah ikonik di ibu kota, SOGO KL, yang terletak bertentangan dengan barisan kedai tersebut turut ditutup.

Akibat gagal melandaikan lengkuk jangkitan gelombang ketiga COVID-19, Malaysia terpaksa melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh yang dikatakan berbeza dengan perintah kawalan pergerakan  dikuatkuasakan sebelum ini.

Suasana sepi di ibu kota, tiada lagi hiruk pikuk bunyi kenderaan. - Gambar Sadiq Asyraf
Suasana sepi di ibu kota, tiada lagi hiruk pikuk bunyi kenderaan. - Gambar Sadiq Asyraf
Polis dan tentera mengadakan kawalan sekitar ibu kota. - Gambar Alif Omar
Polis dan tentera mengadakan kawalan sekitar ibu kota. - Gambar Alif Omar

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menamakan Sekatan Pergerakan Penuh ini sebagai “total lockdown” ketika pengumuman Jumaat lalu, dan memberitahu, ia perlu dilaksanakan memandangkan keadaan semakin kritikal.

Malaysia sejak dua minggu lalu merekodkan sejumlah 102,247 jangkitan baharu, termasuk 13 kes membabitkan varian baharu dari India dan Afrika Selatan.

Di sekitar Kampung Baru pula, suasana bagaimanapun tidak sesunyi Jalan TAR kerana masih terdapat kelibat pelanggan yang mengunjungi pelbagai restoran di sana untuk membeli juadah makan tengahari.

Sepanjang tempoh dua minggu penguatkuasaan fasa pertama Sekatan Pergerakan Penuh ini, makan secara ‘dine-in’ tidak dibenarkan sama sekali, manakala operasi perniagaan dihadkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.

Keputusan itu bagaimanapun sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya kepada peniaga yang banyak berurusan dengan petugas barisan hadapan.

“Saya kasihankan pelanggan saya yang bertugas di barisan hadapan. Mereka semua mula berkerja seawal tujuh pagi tetapi saya hanya boleh buka kedai pada pukul lapan,” keluh seorang peniaga di Kampung Baru yang enggan dikenali.

Selain premis perniagaan makanan, hanya sektor ekonomi dan perkhidmatan yang  disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sahaja dibenarkan beroperasi.

Antara yang diarahkan tutup termasuk kompleks beli-belah, kecuali premis pasar raya, pasar raya besar, kedai serbaneka, farmasi dan kedai runcit yang menjual barangan keperluan asas.

Dalam perkembangan lain, jumlah penerima vaksin COVID-19 di seluruh negara masih dikategorikan sebagai rendah.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, penerima vaksin setakat ini dianggarkan 2.3 juta, berbanding populasi rakyat yang mencecah 32 juta.

“Bagaimanapun saya yakin jumlah penerima vaksin akan meningkat apabila lebih banyak dos vaksin tiba menjelang Jun nanti,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Pusat Konvesyen Ideal (IDCC) Shah Alam, minggu lalu.

Persoalannya sekarang, adakah tempoh dua minggu ini memadai untuk merawat situasi pendemik yang semakin parah ini atau mungkinkah, Sekatan Pergerakan Penuh ini akan berlarutan sehingga tamat tempoh darurat menjelang Ogos nanti? - Getaran, 1 Jun 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia