web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Bantuan Didakwa Palsu Dokumen Pinjaman Peribadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Jun 2021 8:36PM

Muhammad Farhan Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memalsukan dan menipu dokumen permohonan pinjaman peribadi di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seorang polis bantuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tiga pertuduhan memalsukan dan menipu dokumen permohonan pinjaman peribadi sebanyak RM20,000, lima tahun lalu.

Muhammad Farhan Abdullah, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Dia didakwa melakukan penipuan memalsukan dokumen pinjaman peribadi semasa bertugas di Bank Negara Malaysia (BNM) cawangan Terengganu pada 2017.

Bagi pertuduhan pertama, suspek didakwa menipu pengurus Bank Rakyat cawangan Kuala Terengganu dengan memperdaya pengurus itu untuk mempercayai majikan Bank Negara Malaysia akan membuat pemotongan gaji bagi pembayaran pembiayaan peribadi berjumlah RM20,000 itu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, suspek didakwa memalsukan tandatangan seorang petugas BNM, Razak Mat Sorip bagi menghantar dokumen borang pinjaman bayaran peribadi dan surat pengesahan kakitangan.

Semua perbuatan itu dilakukan di Bank Rakyat cawangan Kuala Terengganu, di Pusat Niaga Paya Keladi pada 21  dan 22 Jun 2017.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 membabitkan hukuman penjara dalam tempoh tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun berserta denda.

Pertuduhan kedua dan ketiga pula masing-masing dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan  dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama,  membabitkan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan jaminan sebanyak RM15,000.

Tarikh perbicaraan semula ditetapkan pada 26 Julai depan. - Getaran, 1 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia