web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perbicaraan 1MDB Najib Ditangguhkan Ke 21 Jun Susulan Sekatan Pergerakan Penuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 12:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhadapan dengan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang berkaitan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini, ditangguhkan kepada 21 Jun.

Perbicaraan itu asalnya dijadualkan bersambung semalam (1 Jun), namun ditangguh disebabkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama 14 hari yang bermula semalam.

“Perbicaraan akan bersambung pada 21 Jun di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah sekiranya sekatan pergerakan penuh tidak dilanjutkan,” kata timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib ketika dihubungi hari ini.

Peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed dijangka meneruskan pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-10, Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, yang merupakan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, apabila perbicaraan bersambung nanti.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Kes Dana 1MDB: Pendakwaan Dibenar Pinda 3 Pertuduhan Terhadap Najib

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Karut, Jho Low Tidak Pernah Masak Pasta Untuk Keluarga Saya - Zeti 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tinggi Batalkan Cadangan Denda RM86.77 Juta MyCC Kenakan Terhadap Grab

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia