web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hanya 1 Notis Dihantar Penganjur WMMY 2023 - Polis

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 8:41AM

Allaudeen Abdul Majid - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis hanya menerima satu notis perhimpunan daripada Jawatankuasa Penganjur Women's March Malaysia (WMMY) 2024 dan bukan empat seperti yang didakwa, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Beliau berkata notis pertama yang diterima pada Jumaat lepas bagaimanapun telah diserahkan kembali kerana penganjur tidak memenuhi 14 syarat seperti yang dituntut dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

"Penganjur hanya dapat memenuhi sembilan syarat yang diperlukan dan mereka telah memadam baki syarat yang tidak dapat dipenuhi, notis berkenaan kami (polis) serah kembali kepada penganjur untuk mereka lengkapkan semua syarat yang diperlukan dan berdasarkan notis baharu yang diterima semalam, ia masih belum dipenuhi," katanya kepada pemberita selepas majlis serahan kelengkapan sekolah kepada murid darjah satu Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan penganjur WMMY 2024 telah berusaha memohon kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu selama empat kali dan pihak polis enggan menerima notis perhimpunan yang diserahkan.

Mengulas lanjut, Allaudeen berkata walaupun penganjur tidak dapat memenuhi semua syarat seperti yang dituntut mengikut undang-undang, pihaknya tetap mengambil maklum mengenai himpunan berkenaan dan akan menempatkan anggota yang mencukupi bagi memastikan keselamatan peserta perhimpunan dan orang awam.

Dalam pada itu, Allaudeen berkata notis perhimpunan ialah dokumen undang-undang dan ia tidak boleh dipinda atau dipadam sesuka hati seperti yang dilakukan oleh penganjur WMMY.

Beliau berkata pihaknya menghormati hak orang ramai untuk melakukan perhimpunan, bagaimanapun ia perlu mengambil kira aspek ketenteraman awam dan keselamatan nasional.

Diminta mengulas mengenai himpunan #Reformasi100peratus, Allaudeen berkata sebanyak enam individu telah dirakam keterangan dan pihanya akan mengambil keterangan tiga individu lagi.

"Kita akan lengkapkan kertas siasatan pada minggu ini sebelum diserahkan kepada Peguam Negara," katanya.

Ditanya mengenai kejadian pecah masuk rumah seorang usahawan wanita di Padang Balang, Sentul Ahad lepas yang melibatkan kerugian RM3.5 juta, Allaudeen berkata pihaknya turut akan mengambil keterangan ahli keluarga usahawan berkenaan.

Katanya, pihak polis kini menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti suspek yang terbabit.

"Kes masih baharu, kita akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut untuk dapatkan siapa yang terlibat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Notis Pengusiran Penyewa Rumah Kos Rendah LPPB Sabah Kekal - Menteri

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Michelle Hantar Notis Letak Jawatan CEO ABM - BAM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

JPS Keluar Amaran Banjir Untuk 6 Negeri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemborong Telur Kenakan Caj Pengendalian Diberi Notis

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Sukan 13 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos