web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


JPS Keluar Amaran Banjir Untuk 6 Negeri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 9:02PM

Notis berkenaan dikeluarkan sekitar jam 6 petang tadi susulan ramalan ribut petir oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Notis Kesiapsiagaan Banjir Kilat dikeluarkan ke atas enam negeri, susulan ramalan ribut petir oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata, notis berkenaan dikeluarkan sekitar jam 6 petang tadi.

Menurut beliau, negeri terbabit ialah Johor, Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Kawasan yang terlibat ialah Johor Bahru dan Pontian di Johor, Larut, Matang dan Selama di Perak, manakala di Kedah, ia melibatkan Bandar Baharu dan Kulim,” katanya.

Jurucakap itu berkata, daerah yang diramalkan terjejas di Pahang pula ialah Temerloh dan Bentong.

“Di Selangor, ia melibatkan kawasan Hulu Selangor dan Hulu Langat dan daerah Kuala Pilah serta Jelebu di Negeri Sembilan,” katanya.

Notis berkenaan jelas jurucakap itu lagi, bertujuan mengingatkan orang ramai agar berwaspada dengan kemungkinan banjir yang mungkin berlaku dalam tempoh 24 jam.

“Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat.

“Orang ramai dinasihatkan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya. 

Terdahulu, JPS merekodkan bacaan air sungai di Stesen Sungai Skudai pada paras amaran iaitu 2.59 meter sekitar jam 4.15 petang tadi. - Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Hanya 1 Notis Dihantar Penganjur WMMY 2023 - Polis

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Buruk Di Pahang, Johor Sehingga 14 Januari

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Penumpuan Angin Dijangka Berlaku Di Pantai Timur, Utara Semenanjung

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 9 jam yang lalu

Pertabalan Agong: Sultan Brunei Berkenan Berangkat, Serlah Hubungan Akrab Dengan Malaysia

Semasa 4 jam yang lalu

Termakan Keropok Digaul Racun, 2 Beradik Kritikal Di Hospital

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik