web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


2 Maut Lori Bertembung

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 8:43PM

Gambar - Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Dua pemandu lori maut apabila kenderaan dipandu mereka bertembung dalam kejadian di Kilometer (km) 67, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Luit, Maran hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, Ismanizam Zulkanain Azmi, 22, dari Kampung Peramu di sini dan Nik Mohamad Zainudin M.Baki, 38, dari Felcra Sri Makmur meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata insiden kira-kira 12.30 tengah hari itu berlaku apabila lori jenis Isuzu dipandu Ismanizam yang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur hilang kawalan apabila tiba di lokasi kemalangan.

"Ketika melalui jalan selekoh, lori dipandu Ismanizam dipercayai masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori jenis Hino yang dipandu Nik Mohamad Zainudin.

"Rentetan kemalangan itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian dan jenazah mereka dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lori dipandu Ismanizam semasa kejadian tidak membawa sebarang muatan manakala lori dipandu Nik Mohamad Zainudin membawa muatan buah kelapa sawit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Semasa 23 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Politik 7 jam yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan