web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Negeri, Hospital Swasta Boleh Beli Vaksin Sendiri Yang Diluluskan WHO - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 4:21PM

Khairy (tengah) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kanan) serta Exco Pembangunan Luar Bandar, Kesihatan dan Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Dr Norlela Ariffin (kiri) ketika melawat PPV Spice, The Spice Arena, Bayan Baru hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri dan hospital swasta boleh membeli vaksin COVID-19 lain daripada yang digunakan oleh Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Khairy Jamaluddin.

Beliau yang merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata, ia termasuk vaksin dari China, Sinopharm dan Moderna di Amerika Syarikat, namun menegaskan vaksin tersebut perlu diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Jika kerajaan negeri mahu membeli sendiri vaksin dan membawa masuk vaksin lain, mereka boleh teruskan, kita boleh memudahkannya,'' katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Spice, The Spice Arena, di sini.

Beliau memberitahu, kerajaan persekutuan tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri daripada mendapatkan vaksin sendiri dan menafikan terdapat manopoli dalam pembekalan vaksin COVID-19 di negara ini, lapor Malay Mail.

Khairy berkata, kerajaan negeri dan hospital swasta yang berminat mendapatkan vaksin hanya perlu mendaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Pendaftaran dengan NPRA adalah prosedur mudah dan tidak sukar, katanya.

``Bagaimanapun, jika kerajaan negeri ingin mendapatkan vaksin dari pembekal yang sama dengan kerajaan persekutuan seperti Sinovac dan Pfizer, mereka perlu menunggu sehingga kerajaan mendapat bekalan dulu,'' katanya.

Jelasnya, tempahan kerajaan untuk vaksin Sinovac dan Pfizer perlu diberikan keutamaan.

“Pembekal perlu memenuhi tempahan kita dahulu (kerajaan) dan selepas ia dipenuhi, mereka boleh bekalkan kepada kerajaan negeri,'' jelasnya.

Keadaan sama juga kepada hospital swasta yang perlu menunggu giliran jika bercadang mendapatkan vaksin daripada pembekal yang sama dengan kerajaan persekutuan.

Selain Sinovac, Pfizer dan AstraZeneca, WHO juga meluluskan Sinopharm, Serum Institute of India, Janssen dan Moderna untuk kegunaan kecemasan. - Getaran, 3 Jun 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia