web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 4:29PM

Pelajar sekolah ialah antara golongan berisiko tinggi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua aktiviti luar bilik darjah dinasihatkan untuk ditangguhkan buat sementara waktu, untuk semua lokasi berstatus Cuaca Panas Tahap 1.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tindakan lanjut boleh diambil Kementerian Pendidikan sekiranya status cuaca bertukar kepada  Gelombang Haba.

Menurut beliau, Pelan Tindakan Bagi Menangani Gelombang Haba 2016 dan Pelan Tindakan Pengurusan Risiko Kesihatan Akibat Gelombang Haba 2021 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini boleh dijadikan panduan.

“KPM juga boleh merujuk Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas yang dikeluarkan pada 18 April 2023,” katanya.

Dr Muhammad Radzi Abu Hassan - gambar fail
Dr Muhammad Radzi Abu Hassan - gambar fail

Dr Muhammad Radzi menyatakan demikian sebagai mengulas status cuaca panas yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam semalam.

Menerusi status itu, Perlis direkodkan telah mengalami Gelombang Haba (suhu maksimum harian melebihi 37 selsius hingga 40 selsius) sejak 19 Mac lalu.

Sebahagian besar Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Kuala Muda, Pendang, Sik, Baling) dan sebahagian Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta) pula mengalami cuaca panas Tahap 1 (suhu maksimum harian melebihi 35 selsius hingga 37 selsius). 

Pada masa yang sama, MET Malaysia juga menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 selsius masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sehingga April. 

Jelas Dr Muhammad Radzi, pendedahan berpanjangan kepada cuaca panas boleh memudaratkan kesihatan, khususnya golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan individu berpenyakit kronik.

“Murid-murid sekolah adalah di antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat kesan masalah kesihatan akibat pendedahan kepada cuaca panas, disebabkan faktor fisiologi dan juga faktor kurang pengambilan air.

“Sehubungan itu, KKM menasihati ibu bapa agar memastikan anak-anak untuk mengambil air secukupnya,” katanya.

Beliau memberi ingatan, individu berpuasa perlu mengambil bekalan air mencukupi ketika bersahur dan berbuka puasa.

“Awasi tahap hidrasi dan kesihatan anak-anak sepanjang berpuasa.

“Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia (https://www.met.gov.mv/iklim/status-cuaca- panas/ dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan keshatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM (http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan)," katanya. - Getaran, 23 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

4

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 13 minit yang lalu

Gagal Ke Peringkat Akhir, Malaysia Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

oleh Diyana Nawwar

Semasa 21 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes