web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Mar 2024 8:25PM

Fadhlina Sidek - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kantin sekolah dibenarkan untuk kekal beroperasi sepanjang bulan Ramadan bagi membolehkan pelajar bukan Islam menikmati makanan mereka dengan selesa, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

"Saya tidak mahu anak-anak (pelajar) bukan Islam makan di dalam stor dan tempat yang tidak sepatutnya, padahal semua sekolah ada kantin.

"Kita (kementerian) sarankan kantin dibuka sepanjang Ramadan khususnya bagi sekolah yang mempunyai anak-anak bukan Islam," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kash Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam penggulungannya, Fadhlina turut menafikan dakwaan bahawa sekolah vernakular menggunakan silibus yang berlainan daripada yang telah ditetapkan KPM.

Belia berkata penting bagi semua pihak memahami sekolah vernakular ditubuhkan bagi mempertahankan bahasa ibunda masyarakat Cina dan India, namun ia tidak dibenarkan mengguna pakai silibus pelajaran yang berlainan.

"Tiada langsung isu sekolah-sekolah ini mengkuti silibus yang berbeza daripada silibus KPM," katanya.

Fadhlina juga berkata KPM sedang merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) baru bagi menetapkan hala tuju dasar pendidikan negara bagi 10 tahun akan datang.

"Terdapat empat fasa dalam penyediaan pelan pendidikan yang baru iaitu analisis terperinci pencapaian prestasi pelan pembangunan, sesi libat urus melibatkan kesemua pemain industri, guru cemerlang dan dekan fakulti untuk mendapatkan input, perancangan kumpulan berfokus serta dialog awam dan proses mendapatkan maklum balas draf sehingga mendapat kelulusan jemaah menteri," katanya.

Sementara itu, beliau berkata analisis tentang prestasi negara dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022 mendapati antara perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah jurang prestasi pelajar yang berada di bandar dan luar luar bandar.

Fadhlina berkata analisis juga mendapati bantuan dan sokongan diberikan guru kepada murid di Malaysia semasa sesi pengajaran dan pembelajaran secara maya akibat wabak COVID-19 berada pada tahap jauh lebih baik berbanding negara-negara Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki