web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: Kes Kritikal, Kematian Babit Kanak-kanak Bawah 5 Tahun Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 8:41PM

Dr Noor Hisham Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes kritikal dan kematian akibat COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun dilaporkan meningkatkan pada tahun ini berbanding tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

Beliau memaklumkan tiga kes kematian bagi golongan itu dilaporkan sepanjang tahun lepas namun bilangan sama direkodkan dalam tempoh lebih singkat pada tahun ini iaitu dalam tempoh lima bulan pertama. 

“Selain itu, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU ialah lapan kes dengan enam daripadanya berumur bawah lima tahun.

“Bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah lima tahun,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini. 

Justeru Dr Noor Hisham menasihati semua pihak terutama ibu bapa dan penjaga untuk memainkan peranan penting bagi melindungi golongan yang mempunyai imuniti rendah seperti bayi dan kanak-kanak agar terhindar daripada wabak itu. 

Beliau sekali lagi mengajak orang ramai membina persekitaran selamat bagi kelompok itu dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard dan segera mendapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak.- Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia