web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UTM Hadkan Pergerakan Pelajar Walaupun PKPD Berakhir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Jun 2021 8:26AM

Anggota Bomba dan Penyelamat terlibat melakukan kerja-kerja sanitasi di pusat kuarantin UTM bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 di universiti berkenaan pada 25 Mei lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengenakan sekatan keluar masuk kepada semua pelajar di kampus Johor Bahru, bermula hari ini hingga 14 Jun meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampus itu yang bermula sejak 21 Mei lepas, tamat semalam.

UTM menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook memaklumkan sekatan itu bagi memastikan usaha memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 dapat terus dilaksanakan dan langkah sama sudah dilaksanakan di kampus Kuala Lumpur sejak 1 Jun lepas hingga 14 Jun ini.

Menurut UTM, pergerakan pelajar dalam kawasan kampus adalah dibenarkan kecuali bagi para pelajar yang sedang menjalani proses kuarantin diri di Blok S46/47.

"Bagi pelajar yang memohon untuk keluar atas sebab kecemasan, mereka boleh merujuk kepada pengetua kolej kediaman masing-masing. Permohonan yang telah disokong perlu dimajukan untuk semakan Pengarah Pusat Kesihatan bagi kes berkaitan kesihatan atau Pengarah Keselamatan bagi kes tertentu,” menurut kenyataan itu.

UTM berharap seluruh warga universiti itu memahami keadaan semasa dan terus menyokong segala usaha dalam memastikan kawasan universiti kembali menjadi kawasan zon hijau dan selamat didiami. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia