web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ingat Tiada Operasi Ketika PKP, 3 Bot Nelayan Langgar Syarat Lesen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 11:51AM

Salah sebuah bot yang ditahan kerana melanggar syarat ketika sekatan penuh PKP dilaksanakan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Tiga bot nelayan bertindak berani melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan di lokasi tidak dibenarkan, kerana beranggapan tiada operasi dijalankan pihak berkuasa ketika Sekatan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketiga-tiga bot nelayan itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak di kedudukan lebih kurang 3.3 batu nautika barat laut Pulau Talang, di sini, semalam.
 
Pengarah APMM Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, rondaan Op Benteng dan Op Pintas di persempadanan perairan negeri itu berjaya mengesan ketiga-tiga bot berkenaan kira-kira jam 7 pagi.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati setiap bot berkenaan dikendalikan dua kru warga tempatan berusia lingkungan 30 hingga 65 tahun.
 
“Ketika ditahan, semua bot itu sedang melakukan aktiviti perikanan berhampiran Pulau Talang dengan menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan.

“Kesemua mereka melakukan kesalahan  di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada 5.0 batu nautika seperti kebenaran syarat sah lesen.
 
“Enam kru termasuk tiga tekong, serta hasil tangkapan dianggarkan lebih kurang 30 kilogram ditahan dan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Shahrizan, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan dan APMM menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya mendapati terdapat aktiviti sedemikian. - Getaran, 4 Jun 2021

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Sukan 1 jam yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya