web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Kaji Kenakan Tindakan Ke Atas Antivaksin - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 12:27PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan antivaksin di negara ini jika golongan itu didapati  menghasut orang ramai daripada menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri  berkata kerajaan juga telah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengkaji pelaksanaan program imunisasi secara wajib jika jumlah pendaftaran gagal mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Kalau ikut perancangan kita, saya harap kita dapat percepat vaksinasi, yang penting jangan ada orang berkata jangan vaksin.

''Kita tidak mahu separuh daripada orang kita sudah dapat suntikan manakala separuh lagi tidak dapat, kerana ini akan membawa kesan,'' katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang turut disertai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurutnya, setakat ini hampir 13 juta orang telah mendaftar dan angka itu hanya 50 peratus daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya berdaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan akan mempercepat program imunisasi COVID-19 dalam misinya mencapai imuniti kelompok lebih awal daripada yang disasarkan, antaranya dengan menambah bilangan PPV,  baik di bandar ataupun luar bandar.

 “Kita juga minta supaya klinik-klinik swasta untuk bersedia bagi membantu kerajaan. Ada 8,000 klinik swasta di seluruh negara. Jadi, jika semua masuk dalam jadual kita, lebih banyak (orang) yang kita akan dapat (berikan vaksin),” katanya.

Selain itu, beliau berkata setakat ini tidak timbul isu ketiadaan stok vaksin di dalam negara memandangkan lebih 100 peratus daripada jumlah yang dirancang pada tahun lepas telah tiba di negara ini, dan jumlah itu dijangka terus bertambah dalam proses mempercepat pemvaksinan penduduk.

Terdahulu, Perdana Menteri dibawa meninjau operasi di PPV MITEC yang mula beroperasi pada 31 Mei lepas dan akan memulakan operasi pada skala besar dengan kapasiti hingga 8,000 penerima vaksin sehari bermula 7 Jun ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia