web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Caruman Perkeso Stringer: KMEK, PWP Sambut Baik Langkah Kementerian

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 8:00PM

Persatuan dan kelab media menyambut baik langkah Kementerian Komunikasi meneliti mekanisme terbaik pelaksanaan caruman Perkeso untuk wartawan sambilan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Langkah Kementerian Komunikasi untuk meneliti mekanisme terbaik pelaksanaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk wartawan sambilan atau stringer disambut baik oleh dua kelab dan persatuan yang mewakili golongan pengamal media di utara tanah air.

Menurut Presiden Kelab Media Elit Kedah (KMEK), Adie Zulkefli, pihaknya telah lama menyedari akan kepentingan caruman Perkeso buat golongan berkenaan yang tidak memiliki pendapatan tetap di sebalik kerjaya mencabar.

Presiden Kelab Media Elit Kedah (KMEK), Adie Zulkefli.
Presiden Kelab Media Elit Kedah (KMEK), Adie Zulkefli.

Justeru, katanya, KMEK sejak 2022 telah mengambil inisiatif untuk membayar caruman Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) Perkeso bagi setiap stringer yang bernaung di bawah kelab tersebut, di negeri ini.

“Kita sangat menghargai dan alu-alukan kenyataan dibuat oleh Fahmi (Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil) semalam kerana caruman Perkeso begitu penting kepada pengamal media termasuk stringer.

“Tugasan hakiki pengamal media di lapangan memerlukan mereka mempunyai satu skim caruman khusus di bawah Perkeso bagi membantu melindungi stringer ketika bertugas.

“Melalui perbincangan dengan Perkeso, kita harap kerajaan akan wujudkan satu bentuk skim caruman yang lebih spesifik serta sesuai dengan tuntutan kerja sebagai seorang stringer dalam persekitaran industri media tempatan yang semakin mencabar,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Wartawan Perlis (PWP), Syed Muhammad Azlan Sayid Hizar mencadangkan supaya pihak kementerian berbincang dengan syarikat-syarikat media mengenai keperluan serta kaedah pembayaran yang dirasakan mampu meringankan beban golongan berkenaan.

Presiden Persatuan Wartawan Perlis (PWP), Syed Muhammad Azlan Sayid Hizar.
Presiden Persatuan Wartawan Perlis (PWP), Syed Muhammad Azlan Sayid Hizar.

"Selama ini stringer hanya menerima bayaran untuk berita disiarkan, tanpa ada faedah-faedah lain. Mungkin ini masanya untuk syarikat melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing dengan setidak-tidaknya menampung caruman perkeso secara tahunan buat stringer.

"Selain itu mungkin kerajaan boleh menimbangkan untuk menyediakan dana bagi membantu golongan tersebut.

“Dana itu boleh 'diturunkan' kepada  Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) bagi diagih-agihkan kepada kelab dan persatuan mewakili warga media di kesemua 14 negeri," katanya.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Fahmi memaklumkan pihak kementerian akan terus mengadakan perbincangan tambahan dengan Perkeso bagi memastikan wartawan sambilan mahu pun kontrak mencarum serta memperolehi manfaat daripada pertubuhan tersebut.

Sambil mengakui cabaran dihadapi pengamal media, Fahmi merasakan memang terdapat keperluan untuk golongan berkenaan mencarum dengan Perkeso. - Getaran 5 April 2024.

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 2 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Semasa 14 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung