web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Segerakan Suntikan Vaksin COVID-19 Untuk Pegawai Masjid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 3:00PM

Dr Abdul Rahman Osman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - “Kalau boleh, segerakan suntikan vaksin (COVID-19) kepada imam dan bilal di Pahang, ini penting untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap status (halal) vaksin itu sendiri dan melindungi mereka  (imam dan bilal) yang kebanyakannya sudah berusia dan mempunyai pelbagai penyakit,” demikian luah Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya menyenaraikan imam, bilal serta Aguru takmir sebagai petugas barisan hadapan dan diberikan keutamaan untuk mendapat  vaksin.

Saranan itu disuarakan Dr Zulkfili pada program bual bicara Forum Perdana Ehwal Islam, semalam.

Mengulas lanjut Dr Abdul Rahman berkata, memang sepatutnya pegawai dan petugas masjid diberikan suntikan vaksin segera memandangkan mereka terdedah kepada orang ramai yang hadir di masjid, tempat mereka ditugaskan.

“Imam, bilal dan siak ini tidak ada pilihan lain, mereka tetap kena datang bertugas seperti biasa di masjid atau surau yang dipertanggungjawabkan.

“Ini bermakna, setiap hari mereka terdedah dengan risiko dijangkiti wabak COVID-19 dan seperti kita sedia maklum, ada antara imam, bilal serta pegawai masjid terdiri daripada mereka yang sudah berusia dan mempunyai sejarah penyakit kronik.

“Jadi, bayangkan kalau mereka disahkan positif (COVID-19), sudah tentu risikonya sangat tinggi dan kita memang ada kes sebelum ini membabitkan pegawai masjid yang terkena COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), terdapat 924 imam, 859 bilal dan 865 siak yang bertugas di 660 masjid serta kira-kira 2,000 surau di seluruh negeri.

Katanya, usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 perlu dilakukan dengan lebih sistematik, termasuk melaksanakan segera proses pemberian vaksin secara berkelompok kepada seberapa ramai penduduk.

“Kita tidak tahu sampai bila wabak akan berakhir, tapi usaha sudah dan sedang dilakukan sebaik mungkin oleh semua pihak yang berwajib.

“Bagi saya, pertimbangkanlah juga (pemberian vaksin) kepada pegawai masjid ini kerana mereka juga seperti petugas barisan hadapan yang lain dan sekurang-kurangnya dapat melindungi mereka daripada tercetus kluster baharu yang akan memburukkan lagi penularan wabak ini di Pahang,” katanya. - Getaran, 4 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia