web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantu Siasatan Raba Peserta Unduk Ngadau, Ahli Politik Direman 4 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Jun 2021 3:51PM

Marcel Jude Joseph

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret, di sini, hari ini memerintahkan seorang ahli politik direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan serangan seksual terhadap seorang peserta Unduk Ngadau, 19 Mei lalu.

Majistret Lovely Natasha Charles mengarahkan tahanan reman ke atas lelaki itu yang juga ahli peniagaan berusia 52 tahun, berkuatkuasa hari ini sehingga Isnin depan.

Menurut Lovely, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan suspek mengganggu pengadu dan saksi sekiranya dibebaskan.

Terdahulu, permohonan reman dilakukan Pegawai Penyiasat Polis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurutnya, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan terhadap seseorang dengan niat.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman tersebut.

Sementara itu, peguam suspek, Marcel Jude Joseph membantah permohonan reman tersebut atas faktor masalah kesihatan yang dihadapi anak guamnya.

Bagaimanapun, Majistret menolak bantahan tersebut dan menetapkan ahli politik itu boleh mendapatkan rawatan di hospital pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Perbicaraan akan diadakan secara maya dan suspek akan berada di balai polis sepanjang tempoh berkenaan.

Semalam, Getaran melaporkan mengenai aduan seorang peserta Unduk Ngadau yang mendakwa diserang secara seksual seorang ahli politik ketika dalam perjalanan makan malam di Kota Kinabalu, pada 19 Mei lalu.

Mangsa, 21, mendakwa diraba beberapa kali di paha, badan dan leher oleh suspek di dalam kenderaannya, menyebabkan gadis itu membuat laporan polis dua hari kemudian.

Nama suspek sekali lagi menjadi sebutan apabila satu laporan polis tular mengenai dakwaan dia mengasari seorang petugas RELA ketika berada di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), 30 Mei lalu.

Petugas RELA berusia 65 tahun itu mendakwa suspek memarahinya selepas dilarang masuk ke dalam dewan tanpa pas khas, selain tidak memakai pelitup separuh muka ketika berada di situ.

Sehubungan itu, suspek mengemukakan saman terhadap dua individu tersebut termasuk dua portal media yang didakwa menyebarkan fitnah terhadapnya. - Getaran, 4 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia