web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP 3.0 - Malaysia Airlines Kurangkan 85% Operasi Di Seluruh Rangkaian Penerbangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Jun 2021 4:31PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Bhd akan mengehadkan operasinya dengan pengurangan 85 peratus di seluruh rangkaian penerbangannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tetapi akan terus memastikan kelancaran penerbangan penting domestik dan antarabangsa serta pergerakan kargo. 

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail berkata susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ini, kumpulan itu telah memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan penumpang dan kakitangannya. 

“Sebagai syarikat penerbangan nasional, kami terus memainkan peranan memastikan kelancaran hubungan bagi Malaysia bersama-sama dengan Firefly dan MASwings menerusi penerbangan komersial dan carter yang terhad malahan sejak PKP 1.0,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Izham berkata bermula April tahun lepas, kumpulan itu telah melaksanakan lebih 350 penerbangan menyelamat dan penghantaran pulang, menggunakan pesawat A380, A350, A330 dan B737 Malaysia Airlines, manakala MABkargo mengendalikan lebih daripada 1,600 penerbangan penumpang-kepada-kargo (P2C) sejak Mac 2020, mengangkut lebih 30,000 tan barangan bantuan di rangkaian pengangkut globalnya bagi memastikan rantaian bekalan global dikekalkan.

Menurutnya, memandangkan impak sekatan perjalanan ke atas perjalanan pelanggannya, Malaysia Airlines telah melanjutkan fleksibiliti perjalanan tempahan semulanya, dengan menawarkan kepada pelanggan kesahan tiket yang lebih lama sehingga 31 Dis, 2022 dengan perbezaan tambang sekali dan pengecualian bayaran perkhidmatan.

Beliau berkata pelanggan yang layak boleh menempah semula tiket mereka pada atau sebelum 30 Jun, 2022 bagi perjalanan sehingga 31 Dis, 2022. 

Malaysia Airlines sebelum ini menawarkan kepada pelanggan fleksibiliti untuk menempah semula perjalanan mereka pada atau sebelum 30 Jun, 2021 bagi perjalanan sehingga 31 Dis, 2021. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia