web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan SPM Umum Pada 10 Jun Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Jun 2021 8:07PM

Calon SPM 2020 merupakan kumpulan pelajar yang telah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan akibat COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan diumumkan pada 10 Jun, kata Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin.

Dalam klip video ringkas yang dimuat naik menerusi akaun Facebook rasminya, beliau berkata calon-calon boleh menyemak keputusan peperiksaan itu mengikut kaedah yang akan diperincikan.

“... kementerian akan mengeluarkan kenyataan media dan kita akan jelaskan apakah kaedah yang boleh digunakan oleh calon-calon untuk menyemak keputusan mereka,” katanya.

Seramai 401,105 calon menduduki SPM 2020 yang dilaksanakan pada 22 Feb lepas dan tamat 25 Mac, melibatkan 83 kertas peperiksaan di 3,310 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon SPM 2020 merupakan kumpulan pelajar yang telah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan, sehingga memaksa mereka beralih kepada pembelajaran secara dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype berikutan penularan pandemik COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia