web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Kes Libatkan VOC Dikesan Dalam Tempoh 12 Hari - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 9:38PM

Dr. Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengesan 19 kes Varian yang Membimbangkan (VOC) COVID-19 melibatkan empat kes varian Delta (B.1.617.2) dan 15 kes varian Beta (B.1.351), hasil survelan genomik secara berterusan sejak 24 Mei hingga hari ini (4 Jun).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata empat kes baharu varian Delta, yang dahulu dikenali sebagai varian India adalah melibatkan tiga kes di Labuan dan satu kes di Kuala Lumpur.

“Kesemua tiga kes di Labuan adalah jangkitan dari luar negara yang merupakan kes-kes dari kluster Layangan Labuan, manakala satu kes di Kuala Lumpur adalah jangkitan tempatan.

“Bagi 15 kes baharu varian Beta pula (varian South Africa) sebanyak enam kes dilaporkan di Johor, lima kes di Kelantan serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, dan Terengganu. Kesemua kes adalah merupakan jangkitan tempatan,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti COVID-19 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) adalah 138 kes, melibatkan 122 kes VOC dan 16 kes VOI.

Jumlah kes VOC yang dilaporkan adalah varian Beta, varian Alpha (dahulunya varian United Kingdom) varian Alpha, dan varian Delta, manakala VOI pula melibatkan varian Theta (varian Filipina); varian Eta (varian Nigeria); dan varian Kappa (varian India B.1.617.1).

“KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, memperbanyakkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes, serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini dalam komuniti,” katanya.

Pada 1 Jun lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan amalan mengenali varian COVID-19 mengikut negara ia mula ditemui akan dihentikan dan digantikan menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia