web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Angka Keseluruhan Kematian Akibat COVID-19 meningkat 3,182 Kes

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 9:46PM

Sebanyak 7,748 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini dengan Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 2,612 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu menunjukkan penurunan apabila 7,748 kes dilaporkan berbanding 8,209 kes semalam, dengan Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 2,612 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman sosial Twitter berkata jumlah kumulatif kes positif setakat hari ini ialah 603,122 kes.

Menurutnya Kuala Lumpur mencatatkan 851 kes, diikuti Negeri Sembilan (709), Sarawak (706),  Johor (446), Pulau Pinang (376), Perak (371), Sabah (287), Kelantan (286), Kedah (263) dan Melaka (234).

Sementara itu, Labuan mencatatkan 230 kes, Terengganu (203), Pahang (146), Putrajaya (20) dan Perlis (lapan).

Dalam kenyataan media pula, Dr Noor Hisham memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, dua adalah kes import manakala 7,746 melibatkan penularan dalam negara.

Selain itu, katanya sebanyak 6,624 kes sembuh dicatat menjadikan jumlah kumulatif pulih 515,571 kes manakala kes aktif kini 84,369.

Jumlah kematian akibat pandemik itu meningkat kepada 3,182 selepas 86 kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas termasuk seorang wanita rakyat tempatan berusia 26 tahun, tanpa latar belakang penyakit.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 883 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 459 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata 23 kluster baharu dikesan dengan 12 kluster membabitkan penularan di tempat kerja, tujuh melibatkan komuniti, dua berkaitan keagamaan serta masing-masing satu melibatkan pendidikan tinggi dan Institusi Pendidikan Swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Kluster tempat kerja direkodkan ialah Persiaran Camellia, Jalan Sungai Bakau dan Industri Sungai Buloh di Selangor; Tapak Bina Desa Bakti (Kuala Lumpur); Industri Persiaran Bunga Tanjung Dua, Jalan Tampin-Gemas, Industri Jalan Senawang Tiga (Negeri Sembilan); Jalan Keluli Tiga (Johor); Jalan Bandar Baru (Pulau Pinang); Jalan Jelapang 2 (Perak); Jalan Tanjung Machang (Kelantan); dan Pasar Borong Jengka (Pahang).

Kluster komuniti pula ialah Bunut di Sarawak; Pulutan (Sabah); Dah Fajar dan Dah Rimba (Kedah); Alor Serdang (Terengganu); Gunung Senyum dan Jengka Dua Puluh (Pahang); manakala kluster berkaitan keagamaan ialah Taman Seremban Jaya (Negeri Sembilan) dan Jalan Alor Gajah Lama (Melaka).

Selain itu, kluster pendidikan tinggi melibatkan Persiaran Mercu di Selangor dan kluster Institusi Pendidikan Swasta berdaftar di bawah KPM melibatkan Putra Enam Belas di Putrajaya dan Selangor - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia