web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ingatkan Akar Pokok, Rupanya Bangkai Ikan Lumba-Lumba

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 8:32PM

gambar APM Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAN - Bangkai seekor ikan lumba-lumba dari spesis terancam ditemukan terdampar di Pantai Kampung Kuala Ruat, dekat sini, petang semalam.

Menurut individu yang menemukan bangkai 'Irrawady Dolphin' atau turut dikenali sebagai empesut itu, Ku Ridzuan Ku Hamid, 33, pada awalnya, beliau menyangka objek berkenaan adalah akar pokok.

Bagaimanapun, sebaik sahaja menghampiri objek itu, beliau terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai seekor ikan lumba-lumba.

"Sewaktu membantu melayan pelanggan di kedai mentua kira-kira jam 4.45 petang semalam, saya memandang ke pantai dan ternampak objek seolah-olah akar pokok besar. 

"Didorong perasaan ingin tahu, saya kemudiannya menuju ke pantai bagi melihat dengan lebih dekat.

"Bagaimanapun,  apabila objek itu didekati, saya terkejut melihat bangkai ikan lumba-lumba. Saya dapati mulutnya berdarah sebelum membuat panggilan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Lt. (PA) Zul Izzi Zulkifli berkata, seramai enam petugas dihantar ke lokasi sebaik sahaj pihaknya menerima laporan mengenai penemuan bangkai haiwan berkenaan.

"Melihat keadaannya, haiwan itu disyaki terkena kipas bot hingga menyebabkannya cedera lalu mati.

"Beratnya dianggarkan 220 kilogram dengan kepanjangan 1.8 meter. Pihak kami kemudiannya memaklumkan mengenai penemuan bangkai itu kepada Jabatan Perikanan Negeri Kedah serta mengalihkannya ke lokasi lain untuk tindakan lanjut," katanya. - Getaran 15 April 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

3 Nelayan Labuan Selamatkan Telur Penyu, Ikan Lumba-Lumba Terima Pengiktirafan

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Mari Dekati Penguin Terkecil Di Dunia 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesara Kerajaan Ditemukan Lemas Di Pantai Batu 4, Port Dickson

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 20 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Semasa 3 jam yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh