web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 3:19PM

gambar FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing dijangka akan siap pada Jun ini, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihaknya akan memantau projek itu secara lebih rapat, bagi memastikan tiada lagi penangguhan berlaku seperti sebelum ini.

"Dalam kes kem di Mersing itu, saya difahamkan sudah enam kali pihak pemaju mohon EOT (lanjutan masa) sejak tahun 2020. Saya sudah berhubung dengan pihak JKR untuk mendapatkan maklumat terkini. Sekiranya tidak siap JKR kena jawab.

"Saya juga lihat banyak projek yang terpaksa ditambah masa (di Johor), justeru itu pengurusan projek perlu ada pemantauan lebih baik untuk memastikan kos tidak naik dan juga projek selesai dalam tempoh ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran perkhidmatan bas elektrik rentas sempadan pertama di Malaysia, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Sementara itu, Mohamad Fazli berkata, projek berkenaan kini berada pada tahap kemajuan 98 peratus dengan hanya kerja-kerja pemasangan jubin, kemasan jalan, penyediaan perabot, pembahagi ruang pejabat dan pintu, yang masih perlu disiapkan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaannya.

Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) dilaporkan bertitah, kolam tersebut yang sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, sehingga kini masih dalam pembinaan.

Majlis pecah tanah kolam yang merupakan fasiliti amat diperlukan oleh anggota 21 GGK bagi meningkatkan kompetensi individu dan pasukan, khususnya dalam menangani ancaman dari domain maritim itu disempurnakan Sultan Ibrahim pada Mei 2018. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Agong Mahu Penjelasan Kelewatan Pembinaan Kolam Selam Tempur Di Kem Iskandar 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Agong Tinjau Daerah Mersing Dari Udara, Ingatkan Tanggungjawab Jaga Kebersihan

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Sultan Ibrahim Disambut Lebih 3,000 Rakyat Pada Jamuan Teh Di Mersing

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia