web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 12:23PM

Pekebun di Kampung Lubok Sawah berdepan risiko kehilangan mata pencarian apabila tanaman kelapa sawit mereka musnah akibat serangan gajah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Pekebun di Kampung Lubok Sawah di sini berdepan risiko kehilangan mata pencarian apabila tanaman kelapa sawit mereka musnah akibat serangan gajah.

Seorang pekebun Abd Zaini Abd Aziz, 55, mendakwa dia berdepan dengan isu itu sejak 19 tahun lepas, dan kebelakangan ini, jumlah haiwan liar berkenaan dilihat semakin meningkat di ladangnya yang seluas lebih satu hektar itu.

"Minggu lepas, lebih 20 ekor gajah menyerang tanaman sawit berbanding dua hingga tiga ekor sahaja sebelum ini, malah semakin berani muncul pada waktu siang termasuk di kawasan kediaman penduduk sekitar.

"Kebiasaannya, apabila ada ladang baharu dibuka, gajah akan berkeliaran ke kawasan kampung untuk mencari sumber makanan, dan sawit yang sedang membesar memang menjadi kegemaran haiwan ini," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini. 

Menurutnya, selepas tidak dapat memperoleh hasil sebagaimana yang diharapkan, dia terpaksa mencari sumber pendapatan alternatif dengan bertukang bagi menyara hidupnya sekeluarga.

Katanya, dia bersama penduduk kampung turut mengambil inisiatif membuat rondaan dan membakar mercun serta menyalakan unggun api bagi menakutkan haiwan itu, namun adakalanya usaha yang dilakukan itu hanya sia-sia.

Abd Zaini berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana pekebun bukan sahaja kerugian, malah turut berdepan risiko keselamatan selain gajah liar tidak takut dengan kehadiran manusia.

Seorang lagi pekebun, Aminah Dollah, 56, yang tinggal di kawasan dikelilingi tanaman sawit berkata kediamannya semakin kerap dikunjungi gajah tanpa mengira waktu siang atau malam, malah kira-kira 30 pokok sawitnya telah dimusnahkan, baru-baru ini.

"Ketinggian gajah ini ada yang melebihi paras bumbung rumah. Haiwan ini disyaki datang dari hutan berhampiran yang telah diteroka sehingga menyebabkan beberapa kampung termasuk Kampung Pengkalan Batu dan Kampung Baru Jemari diserang," katanya.

Pada 18 April lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar dilapor berkata kerajaan negeri sedang merancang kaedah penyelesaian secara lestari dan menyeluruh melibatkan kerjasama dengan Persekutuan bagi menangani isu konflik gajah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh itu berkata satu Jawatankuasa Tindakan Konservasi Gajah akan ditubuhkan, bagi menyelaras dan melaksanakan tindakan mitigasi pengurusan konflik haiwan liar itu pada peringkat daerah dan negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Agong Tinjau Daerah Mersing Dari Udara, Ingatkan Tanggungjawab Jaga Kebersihan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perhilitan Johor Tangkap, Pindah 2 Gajah Rosakkan Tanaman Di Kluang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia