web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perhilitan Johor Tangkap, Pindah 2 Gajah Rosakkan Tanaman Di Kluang

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 12:09PM

gambar FB Ling Tian Soon

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian berdekatan sebuah kilang jubin di Jalan Kluang- Renggam dekat Kluang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, usaha bagi menangkap gajah dewasa tersebut telah dilakukan sejak dua minggu lalu menerusi Ops Translokasi gajah liar.

"Gajah ini telah merosakkan tanaman pertanian di kawasan berdekatan kilang jubin, di mana kawasan tersebut terletak di laluan penghijrahan gajah ini.

"Proses pemindahan gajah memang tidak mudah, selepas dua minggu 'berkampung', Perhilitan mengadakan operasi penangkapan. Akhirnya dua ekor gajah jantan dewasa tersebut berjaya ditangkap dan dipindahkan ke kawasan Taman Negara," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, berdasarkan statistik Jabatan Perhilitan Johor, terdapat kira-kira sehingga 150 ekor gajah di seluruh negeri itu, terutama di sekitar daerah Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing, sekali gus berharap ia dapat ditempatkan di Pusat Perlindungan Gajah seluas 73 ekar (29.2 hektar) di Kota Tinggi.

Sementara itu, Ling berkata, Perhilitan Johor menerima lebih 1,500 aduan berhubung gangguan haiwan liar pada setiap tahun sejak 2020 sehingga tahun lepas dengan kebanyakannya berkaitan gangguan monyet liar, diikuti babi hutan dan gajah.

Perhilitan Johor, katanya, hanya mempunyai kira-kira 110 pegawai dari pelbagai peringkat setakat ini, yang bertanggungjawab untuk pentadbiran, melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, perlindungan, dan penangkapan haiwan.

Bagi gajah, Perhilitan mempunyai pasukan khas yang terlatih untuk mengusir dan menangkap haiwan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

2

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Hati-Hati, Abang Besar Masuk Kampung

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Musnahkan Tanaman Penduduk, 4 Gajah Ditangkap PERHILITAN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka