web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Musnahkan Tanaman Penduduk, 4 Gajah Ditangkap PERHILITAN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 4:13PM

PERHILITAN Kelantan berjaya menangkap empat gajah liar di Kampung Peralla 1, Kota Bharu pada Rabu lalu. - Gambar PERHILITAN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan berjaya menangkap empat gajah liar di Kampung Peralla 1, Kota Bharu pada Rabu lalu. 

Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, tangkapan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada penduduk mengenai sekumpulan gajah liar yang berkeliaran dan merosakkan pokok kelapa sawit di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, pada jam 9 pagi hari yang sama, enam kakitangan dari Pejabat PERHILITAN Daerah Jeli bergerak ke lokasi dilaporkan untuk melaksanakan operasi tangkapan terhadap haiwan liar terbabit. 

"Hasil tinjauan mendapati sekumpulan gajah terdiri daripada 10 gajah liar sudah bergerak ke kawasan kebun getah penduduk.

"Namun, pada jam 11.30 pagi, dua gajah betina dewasa berjaya ditangkap menggunakan ubat pelali di kawasan dalam kebun getah di Kampung Peralla 1, Tanah Merah.

"Setiap seekor dari gajah betina yang ditangkap ini masing-masing mempunyai seekor anak kecil," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Hafid berkata, empat gajah liar yang ditangkap itu akan dipindahkan ke habitat asal yang jauh dari penempatan manusia.

"Operasi pemindahan akan dilakukan dalam masa terdekat oleh Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Lanchang, Pahang," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Hafid berkata, kumpulan gajah liar berkenaan adalah dari ID Tapis yang mendiami Hutan Simpan Air Satan dan Hutan Simpan Jedok.

Selain Kampung Peralla 1, beliau memaklumkan, antara kampung sekitar yang sering dicerobohi oleh kumpulan gajah liar itu adalah Kampung Air Berdang, Kampung Air Kerla, Kampung Bukit Pauh, Kampung Bukit Durian, Kampung Kelisar dan Kampung Lepan Bola.

"Hasil pertanian yang sudah dimusnahkan oleh kumpulan gajah liar ini ialah kelapa sawit, kelapa, getah dan pisang dengan kerugian dianggarkan bernilai RM150,000.

"Kejayaan operasi tangkapan itu dapat mengurangkan kerugian hasil pertanian dan memberikan rasa selamat kepada penduduk setempat," katanya. 

Sehubungan itu, Mohamad Hafid menyarankan orang ramai agar lebih berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar. 

"Sebarang aduan boleh disalurkan kepada Jabatan PERHILITAN melalui talian hotline PERHILITAN 1- 800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my," katanya. - Getaran, 17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Harimau Dahan Ditemukan Mati Di WCE, Dipercayai Dilanggar Kenderaan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Selamat Selepas Kereta Dipandu Langgar Gajah

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Perhilitan Johor Tangkap, Pindah 2 Gajah Rosakkan Tanaman Di Kluang

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

Semasa 21 jam yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Sukan 18 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Sukan 2 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC