web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Selamat Selepas Kereta Dipandu Langgar Gajah

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 12:09PM

Keadaan kereta mangsa selepas melanggar gajah. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Berpantang maut sebelum ajal. Seorang lelaki bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan yang dipandunya melanggar seekor gajah di Kampung Kolam, Setiu, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Husin berkata, mangsa Sharul Azma Che Samaon, 42, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.

Beliau berkata, bagaimanapun, bahagian hadapan kereta mewah jenis Porsche Cayenne dipandu mangsa yang juga seorang pengurus syarikat, rosak dengan cermin retak, bampar dan lampu pecah, selain kemek pada bonet dan 'fender'.

"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.15 malam daripada anggota bertugas Kaunter Aduan Trafik Setiu.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari Rhu 10 hendak ke Lembah Bidong dan setibanya di lokasi kejadian iaitu di Kilometer 45, Kampung Kolam di Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja dia tidak sempat mengelak haiwan itu yang berada di atas jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Gajah yang dilanggar mangsa, sebelum melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
Gajah yang dilanggar mangsa, sebelum melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

Afandi berkata, gajah berkenaan yang dilihat berkeliaran di kawasan tersebut pada jam 6.30 petang semalam dilaporkan cedera di bahagian kaki dan terjatuh di tempat kejadian sebelum melarikan diri ke dalam hutan berhampiran kira-kira 10 minit kemudian.

"Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Daerah Besut telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

"Usaha mengesan gajah tersebut masih diteruskan oleh sembilan anggota Perhilitan Besut dibantu orang awam. Haiwan liar itu dipercayai menuju ke Bukit Putera, Setiu melalui jalan hutan," katanya.

Sementara itu menerusi hantaran di Facebook, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, gajah berkenaan telah berada dalam pemerhatian Perhilitan Terengganu sejak beberapa hari lepas kerana didapati berkeliaran di sekitar Setiu dan dalam proses tangkap pindah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Terima Kasih Abang-Abang PERHILITAN!

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Harimau Dahan Ditemukan Mati Di WCE, Dipercayai Dilanggar Kenderaan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

PERHILITAN Lapor Polis Individu Cabut Misai Harimau Belang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi